Recent Video

Apple berkemungkinan menggunakan teknologi skrin OLED LG untuk iWatch

Apple berkemungkinan menggunakan teknologi skrin OLED LG untuk iWatch

.

21 Januari 2014 - Apple dikatakan akan bekerjasama dengan LG untuk mendapatkan teknologi skrin fleksibel OLED khas untuk jam tangan pintar mereka, iWatch. Jika perkara ini benar, LG bakal menjadi pembekal rasmi Apple untuk skrin OLED berukuran 1.52 inci tidak lama lagi. Penghasilan skrin berkenaan secara besar-besaran dijangka akan dimulakan pada bulan Julai tahun ini dengan sasaran mencecah 2 juta unit.

Teknologi daripada LG menjadi pilihan Apple kerana skrin yang dihasilkan syarikat berkenaan adalah lebih nipis, ringan, dan menghasilkan skrin paparan yang jelas tanpa menggunakan banyak tenaga. Sebelum ini, teknologi skrin OLED telah diperkenalkan oleh LG pada awal tahun 2013 dan digunakan pada telefon pintar LG G Flex.




iWatch dikatakan bakal diperkenalkan pada suku kedua 2014 dengan teknologi pengecasan tanpa wayar. Sebelum ini, Apple dikatakan menghadapi masalah dengan jangka hayat iWatch yang sangat singkat. Mungkinkah teknologi skrin OLED daripada LG ini bakal membantu Apple untuk menyelesaikan masalah ini?
Sumber informasi : MacRumors

Sony bakal mematikan penjenamaan VAIO

Sony bakal mematikan penjenamaan VAIO



7 Februari 2014 - Sony telah membuat kejutan apabila mereka dikatakan bakal mematikan penjenamaan komputer riba VAIO tidak lama lagi. Bukan itu sahaja, segala aset berkaitan teknologi komputer riba syarikat berkenaan akan dijual kepada Japan Industrial Partners pada bulan Julai ini. Menurut Sony, tindakan mematikan jenama VAIO adalah untuk memberi tumpuan kepada penghasilan telefon pintar dan tablet.


Jenama VAIO sering dikaitkan dengan komputer riba Windows yang eksklusif dan mahal sesuai buat pengguna yang inginkan sesuai yang tampak elegan dan mewah berbanding komputer riba biasa. Nampaknya Sony tidak lagi percaya bahawa penjualan komputer riba akan memberikan keuntungan buat mereka di masa akan datang. Sony masih lagi mempunyai banyak produk lain untuk pasaran pengguna sedia ada seperti permainan konsol, pemain MP3/MP4, kamera digital, TV, tablet dan telefon pintar.


Sudah pasti tindakan Sony ini akan menjejaskan pihak Microsoft yang menghasilkan sistem operasi Windows. Kelihatan syarikat-syarikat pengeluar gajet yang lain juga lebih berminat untuk menghasilkan lebih banyak tablet berbanding komputer sejak akhir-akhir ini. Mungkinkah sudah tiba masanya untuk Microsoft memberikan tumpuan sepenuhnya pada teknologi mudah alih?

Sumber informasi : US Finance Post

iPhone bersama Flappy Bird di eBay mencecah harga RM447 ribu

iPhone bersama Flappy Bird di eBay mencecah harga RM447 ribu 



10 Februari 2014 - Agak menarik sekali trend terkini yang mula melanda di dalam eBay di mana pengguna mula menjual iPhone-iPhone mereka yang masih mempunyai permainan popular Flappy Bird. Jualan iPhone yang mempunyai permainan berkenaan kian menjadi-jadi sehinggakan ada yang menawarkan harga yang tidak masuk akal sehingga mencecah puluhan dan ratusan ribu ringgit.
.

Segalanya bermula apabila pembangun aplikasi berkenaan mula menarik semula aplikasi Flappy Bird daripada App Store dan Google Play pada hari ini. Permainan berkenaan mula menjadi popular sejak akhir-akhir ini kerana ia mempunyai konsep yang hampir menyamai permainan Super Mario. Ia menjadi bualan ramai sehinggakan terdapat banyak blog terkemuka mula menulis mengenainya.

Oleh kerana itu juga, pembangun Flappy Bird bimbang beliau akan disaman oleh syarikat besar seperti Nintendo atas alasan melanggari hak reka cipta. Walau bagaimanapun, tiada sebarang kenyataan rasmi mengapa permainan berkenaan ditarik balik daripada pihak pembangunnya. Apa yang pasti permainan ini berjaya mencipta rekod keuntungan sebanyak USD50,000 sehari buat pembangunnya, Dong Nguyen.
Adakah anda salah seorang yang masih mempunyai aplikasi Flappy Bird di dalam telefon pintar anda?
.

HTC One, One Mini dan One Max terima kemaskini Android KitKat di Malaysia

HTC One, One Mini dan One Max terima kemaskini Android KitKat di Malaysia

 .
11 Februari 2014 - Kemaskini Android KitKat mula diperkenalkan secara berperingkat-peringkat di seluruh dunia bergantung kepada pengeluar telefon pintar. Kini, tiba pula giliran pengguna HTC One, One Mini dan One Max di Malaysia untuk merasai pengalaman menggunakan Android versi terkini ini. Kemaskini yang juga dikenali sebagai Android 4.4.2 telah mula disebarkan semalam di mana pengguna telefon pintar berkenaan akan menerima notifikasi untuk mengemaskini Android mereka secara automatik.


Apakah kemaskini terbaru yang terdapat di dalam Android KitKat 4.4.2?
  • Perkhidmatan pencetakan melalui awan (tanpa wayar)
  • Penambahbaikan sistem keselamatan
  • Profil Bluetooth terbaru untuk menyokong lebih baik interaksi media
  • Penambahbaikan pada pengurusan memori telefon


Proses mengemaskini kepada Android KitKat harus dilakukan melalui sambungan WiFi dan ketika bateri telefon pintar masih penuh bagi mengelakkan sebarang masalah. Sekiranya anda seorang pengguna HTC One, One Mini ataupun One Max dan masih belum menerima sebarang notifikasi untuk kemaskini, anda boleh pergi ke bahagian Settings > About > Software Update untuk membuat semakan.
.
Pada masa ini, tidak terdapat banyak telefon pintar di Malaysia yang menggunakan Android KitKat. Antara yang terawal menerima kemaskini ini adalah Samsung Galaxy S4, Note 3, serta LG Nexus 5. Pengguna Sony juga dikatakan bakal menerima kemaskini ini untuk Xperia Z1 tidak lama lagi.
Sumber informasi : GSMArena


HP Chromebox Pertama Diperkenalkan

HP Chromebox Pertama Diperkenalkan

Dengan pengenalan begitu banyak Chromebox awal tahun ini, mungkinkah tahun ini komputer kecil yang dikuasakan Chrome OS itu akan meningkat naik? Terbaru, HP memperkenalkan HP Chromebox pertamanya sekaligus menandakan kehadirannya dalam pasaran Chromebox yang semakin berkembang.
HP Chromebox

HP Chromebox Pertama Dilancarkan

HP memperkeanlkan HP Chromebox pertamanya seterustnya menandakan kehadirannya dalam pasaran Chromebox yang yang rata-rata dikuasai Samsung sebelum ini. Dijadualkan untuk pelancaran di US pada musim bunga ini, ia menjanikan pengalaman pengkomputeran yang mudah.
Seperti Chromebook lain, ia boleh disambungkan kepada mana-mana monitor atau TV melalui port HDMI atau DisplayPort membolehkan anda mengakses ekosistem berasaskan cloud Google.

Ia juga bukan calang-calang komputer. Ia dilengkapi pemproses Intel Haswell Core i7. Walaupun ia nampak seperti spesifikasi yang terlalu tinggi bagi sebuah komputer yang hanya melarikan Chrome OS, namun ia juga menyokong perkhidmatan videoconferencing Chromebox for meetings yang memerlukan kuasa pemprosesan yang tinggi untuk menstirmkan video 1080p secara langsung.

Sungguhpun demikian, HP mempromosikannya sebagai sebuah komputer yang mengimbangkan kerja dengan masa santai. Pengguna korporat boleh mengubah setting komputer ini melalui konsol pengurusan berasaskan web dan sebuah TPM (trusted platform module) dibina dalam untuk peningkatan keselamatan. Ciri-ciri lain termasuk braket VESA, 4 port USB 3.0, Bluetooth dan pilan 3 warna iaitu hitam, putih dan “ocean turqoise”.

HP belum lagi mendedahkan harganya untuk pasaran antarabangsa, namun spesifikasinya yang menyertakan pemproses Intel Core i7 memungkinkan harga yang lebih tinggi berbanding pesain-pesaingnya yang lain.

ChargeCard : Pengecas Telefon Berbentuk Kad Kredit

ChargeCard : Pengecas Telefon Berbentuk Kad Kredit

Kebiasaannya, pengecas telefon merupakan wayar USB dan kita sering mengalami masalah wayar yang beselirat. Dengan ChargeCard anda boleh menyimpan wayar pengecas anda di dalam dompet dan lupakan masalah wayar.

.



Kunci Kereta Masa Hadapan BWM i8

Kunci Kereta Masa Hadapan BWM i8

Kereta elektrik sepenuhnya yang bakal dikeluarkan oleh BMW iaitu BMW i8 mempunyai kunci yang canggih dan futuristik. Ianya seperti telefon pintar mini kerana mempunyai paparan skrin yang akan memaparkan status mengecas kereta itu dan jarak yang boleh kereta itu bergerak sebelum kehabisan bateri.