Apple berkemungkinan menggunakan teknologi skrin OLED LG untuk iWatch
Posted by
gadget-pro
at
6:12 PM
21 Januari 2014 - Apple dikatakan akan bekerjasama dengan LG untuk mendapatkan teknologi skrin fleksibel OLED khas untuk jam tangan pintar mereka, iWatch. Jika perkara ini benar, LG bakal menjadi pembekal rasmi Apple untuk skrin OLED berukuran 1.52 inci tidak lama lagi. Penghasilan skrin berkenaan secara besar-besaran dijangka akan dimulakan pada bulan Julai tahun ini dengan sasaran mencecah 2 juta unit.
Teknologi daripada LG menjadi pilihan Apple kerana skrin yang dihasilkan syarikat berkenaan adalah lebih nipis, ringan, dan menghasilkan skrin paparan yang jelas tanpa menggunakan banyak tenaga. Sebelum ini, teknologi skrin OLED telah diperkenalkan oleh LG pada awal tahun 2013 dan digunakan pada telefon pintar LG G Flex.
Apple berkemungkinan menggunakan teknologi skrin OLED LG untuk iWatch
.21 Januari 2014 - Apple dikatakan akan bekerjasama dengan LG untuk mendapatkan teknologi skrin fleksibel OLED khas untuk jam tangan pintar mereka, iWatch. Jika perkara ini benar, LG bakal menjadi pembekal rasmi Apple untuk skrin OLED berukuran 1.52 inci tidak lama lagi. Penghasilan skrin berkenaan secara besar-besaran dijangka akan dimulakan pada bulan Julai tahun ini dengan sasaran mencecah 2 juta unit.
Teknologi daripada LG menjadi pilihan Apple kerana skrin yang dihasilkan syarikat berkenaan adalah lebih nipis, ringan, dan menghasilkan skrin paparan yang jelas tanpa menggunakan banyak tenaga. Sebelum ini, teknologi skrin OLED telah diperkenalkan oleh LG pada awal tahun 2013 dan digunakan pada telefon pintar LG G Flex.
iWatch dikatakan bakal diperkenalkan pada suku kedua 2014 dengan
teknologi pengecasan tanpa wayar. Sebelum ini, Apple dikatakan
menghadapi masalah dengan jangka hayat iWatch yang sangat singkat.
Mungkinkah teknologi skrin OLED daripada LG ini bakal membantu Apple
untuk menyelesaikan masalah ini?
Sumber informasi : MacRumors



0 comments:
Post a Comment